Pin It

Widgets

Anak Che Ta,Bayi Paling Berduit,Tak Ada Hal Kalau Masuk Universiti Kelak

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Seperti ibu dan bapanya, ternyata Aaisyah Dhia Rana, lima bulan, berjaya mencipta nama dan populariti sendiri apabila mempunyai sejumlah besar peminat.


Sebaik dilahirkan, Aaisyah menjadi sebutan dan ramai mengikuti perkembangannya di laman sosial. Disebabkan perhatian besar diberikan peminat ibu dan bapanya, Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin, Aaisyah turut menerima tempias dan bergelar selebriti cilik.

Memiliki status selebriti, ada yang memberitahu , khabarnya Aaishyah sekarang menjadi rebutan dalam kalangan pengeluar produk bayi dan kanak-kanak. Malah sebaik lahir, banyak penajaan dan hadiah diterima.

Beberapa syarikat pengeluar barangan bayi melamar Aaisyah menjadi model mereka. Sejumlah wang diberi atas tugasan yang harus dilaksanakan dan mereka hanya meminta selebriti cilik itu bergaya dengan barangan diberikan di laman sosial.

Bukan itu saja, pelbagai hadiah turut diterima, termasuk barang kemas dan peralatan bayi canggih yang mahal harganya.

Kalau dikira dan dikumpul wang hasil penajaan dan nilai barangan menjadi milik Aaisyah, dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit dan ini menjadikan Aaisyah selebriti cilik paling kaya di Malaysia.

Che Ta dan Zain juga ibu bapa yang bagus, pandai menguruskan Aaisyah yang memiliki status selebriti. Berdasarkan cerita yang didengar, bermakna apabila besar nanti tabungan untuk Aaisyah masuk universiti pun rasanya lebih daripada cukup.

Ini yang dikatakan tuah anak. Lagipun ramai yang sayangkan Aaisyah dan melihat senyumannya yang comel itu membuatkan ramai jatuh cinta.


gossip metro

0 Komentar untuk "Anak Che Ta,Bayi Paling Berduit,Tak Ada Hal Kalau Masuk Universiti Kelak"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top