Pin It

Widgets

Sampai Hati,Buang Mayat Bayi Dalam Tin Biskut

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Sungai Petani: Seorang wanita berusia 20-an, penghuni rumah perlindungan di Jalan Sungai Layar di sini, menyembunyikan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat yang dilahirkannya dalam tin biskut, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berkunjung ke premis terbabit selepas dimaklumkan pengurusan rumah perlindungan berkenaan mengenai penemuan berkenaan.
Sumber berkata, siasatan awal mendapati penghuni rumah berkenaan mengesyaki mungkin perbuatan wanita terbabit yang mendiami premis itu sejak dua bulan lalu, tetapi dia menafikan mengandung.

“Keadaan fizikal wanita berkenaan kelihatan seperti orang mengandung tetapi dia menafikannya. Namun penghuni mula curiga kerana dia dilihat agak lemah lalu mendesak sebelum wanita berkenaan mengaku melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira dua hari lalu.
“Sepasukan anggota polis yang dimaklumkan berhubung kejadian kemudian membuat pemeriksaan menemui mayat bayi berbalut kain disembunyikan dalam tin biskut berhampiran bilik air di rumah itu,” katanya.
Katanya, wanita berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), dekat sini, untuk rawatan manakala mayat bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama bagi dilakukan bedah siasat.
0 Komentar untuk "Sampai Hati,Buang Mayat Bayi Dalam Tin Biskut"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top